UPAH HAJI 2017
Syarat Upah Haji Yang Sah!
Walaupun Hukum Upah Haji adalah harus tetapi syarat Upah Haji perlu diikuti seperti berikut:
- TIDAK SAH upah haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
- BOLEH dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh dan yang telah meninggal dunia.
- TIDAK BOLEH bagi orang miskin atau kerana terhalang perang dan lain-lain.
- Upah haji TIDAK SAH kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh atau sakit atau tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu.
- TIDAK HARUS seseorang itu melakukan upah haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
- BOLEH bagi wanita ambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya.
- TIDAK BOLEH seorang yang ambil upah haji itu menunaikan haji kepada 2 orang atau lebih.
- TIDAK BOLEH seseorang itu melakukan upah haji itu bertujuan untuk mendapatkan wang. TAPI hendaklah melakukannya dengan niat haji, tiba di tanah suci dan melakukan kerja haji itu sebaiknya.
- Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
- SEBAIKNYA upah haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yg terdekat dengannya. Jika, dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus dilakukan.
- TIDAK PERLU disebutkan nama si fulan, tetapi cukup dengan diniatkan haji itu kepadanya sahaja.
- TIDAK BOLEH seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
- PERLU diwakilkan atau diupah haji itu kepada seseorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.