Testimonial Korea

Testimonial Korea

Lyn,

Salam lyn, sungguh menyeronokkan bila berpeluang mengunjungi Korea di musim sejuk pada feb lalu. Kami seramai 16 orang termasuk 4 kanak-kanak, berlepas ke Seoul dengan Korean Air pada pagi 11 Febuari 2010. Ketika sampai di Incheon airport kelihatan salji turun agak lebat, suhu bawah paras beku. Kami disambut oleh Mr. Mike selaku tour guide setiba di airport. Bagi sebahagian dari kami yang pertama kali melihat salji merasa amat teruja dan terharu, betapa nikmat yang diberi olehNYA. Sepanjang perjalanan kelihatan warna-warna putih bak kapas membaluti bumi, sungguh indah!

Leader
PUAN ZAHARAH CHE DAN