Testimonial Bandung

Testimonial Bandung

Assalamualaikum…
Maaf lambat hubungi.. baru mula kerja hari ni.. itu pun dah petang baru ada free sikit.
Saya mewakili semua rakan2 yg mengambil pakej Padang Bukit Tinggi bersama Daun Hijau ingin menyampaikan penuh kesyukuran serta berbanyak terima kasih kepada syarikat Daun Hijau Travel terutama kepada En Nazri. Trip perlancungan kami amat memuaskan dari segi :

  1. Layanan istimewa dari Syarikat Daun Hijau Travel
  2. Kemudahan penginapan dan makanan yang disediakan.
  3. Program-program yg telah diatur dgn begitu baik
  4. Pemandu Pelancung yg 1st class (pak Pendi), beliau sangat bekerjasama, berpengetahuan luas, humour, sabar dan cekap.
  5. Hotel-hotel yg memuaskan sesuai dgn budget kami – dan subhanallah tempat Hotel Campago dan Nuansa Resort sangat indah dikelilingi gunung-gunung. Saya sempat menanti matahari yang terbit dari celah gunung selepas solat subuh.. amat terharu dgn kebesaran Illahi.
  6. Perjalanan harian kami sangat menyeronokkan terutama boleh berhenti pada bila-bila masa untuk mengabadikan gambar-gambar kenangan kami disana.

Terima kasih mungkin tidak dapat mengucapkan apa sebenarnya bagi menghargai Daun Hijau Travel. Tetapi Insyallah.. saya akan pergi lagi kesana melalui daun Hijau Travel dan saya sangat yakin dan berbesar hati untuk rekomenkan Daun Hijau Travel kepada semua rakan-rakan yg ingin melancung terutama ke Indonesia. Saya kirimkan beberapa keping gambar dan sekali lagi TERIMA KASIH.

Salam .
ZOLHEZAM MOHAMMED YUSOFF