LEMBU QURBAN 2016

HP0014iii

 

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?

Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” - Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

 

Apakah hikmah melakukan ibadah korban?

Ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan:

  1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
  2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
  3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
  4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *